Skip to content
Closed
Show file tree
Hide file tree
Changes from all commits
Commits
File filter

Filter by extension

Filter by extension

Conversations
Failed to load comments.
Loading
Jump to
Jump to file
Failed to load files.
Loading
Diff view
Diff view
129 changes: 129 additions & 0 deletions public/content/translations/ms/about/index.md
Original file line number Diff line number Diff line change
@@ -0,0 +1,129 @@
---
title: Perihal Kami
description: Perihal pasukan, komuniti dan misi ethereum.org
lang: ms
---

# Tentang ethereum.org {#about-ethereumorg}

ethereum.org merupakan sumber awam, sumber terbuka untuk komuniti Ethereum yang semua orang boleh membuat sumbangan. Kami mempunyai satu pasukan teras kecil yang komited dalam menyelenggara dan membangunkan laman ini, dengan sokongan daripada ribuan ahli komuniti seluruh dunia.

**Tiada sesiapa daripada ethereum.org yang akan menghubungi anda. Jangan balas.**

## Makluman mengenai nama {#a-note-on-names}

Itu merupakan perkara biasa bagi orang berasa keliru dengan nama-nama dalam landskap Ethereum, yang boleh menyebabkan pemahaman mental kurang tepat tentang cara Ethereum berfungsi. Berikut ialah penjelasan ringkas untuk mengelakkan kekeliruan:

### Ethereum {#ethereum}

Ethereum ialah satu rangkaian awam, blok rantai, dan protokol sumber terbuka -- dikendalikan, ditadbir, diurus, dan dimiliki oleh komuniti global yang terdiri daripada puluhan ribu pembangun, pengendali nod, pemegang ETH dan pengguna.

[Lebih lanjut tentang Ethereum](/what-is-ethereum/)

[Lebih lanjut tentang tadbir urus Ethereum](/governance/)

### Ether (ETH) {#ether-or-eth}

Ether (juga dikenali dengan simbol tickernya, ETH) ialah mata wang asli yang digunakan untuk transaksi di Ethereum. ETH diperlukan untuk membayar penggunaan rangkaian Ethereum (dalam bentuk fi transaksi). ETH juga digunakan untuk menjamin keselamatan rangkaian melalui proses pertaruhan. Apabila orang bercakap tentang harga Ethereum, maksud mereka ialah aset ETH.

[Lebih lanjut tentang ETH](/eth/)

[Lebih lanjut tentang pertaruhan ETH](/staking/)

### Yayasan Ethereum {#ethereum-foundation}

Sebuah organisasi bukan untung yang pada awalnya dibiayai melalui jualan awam ETH, dan didekasikan untuk menyokong rangkaian serta ekosistem Ethereum.

[Lebih lanjut tentang Yayasan Ethereum](/foundation/)

### ethereum.org {#ethereum-org}

Satu laman web awam sumber terbuka dan sumber pendidikan untuk komuniti Ethereum. ethereum.org dikendalikan oleh satu pasukan teras kecil yang dibiayai oleh Yayasan Ethereum, dengan sumbangan daripada ribuan ahli komuniti seluruh dunia.

Halaman ini merangkumi lebih banyak maklumat tentang ethereum.org.

## Misi kami {#our-mission}

**Misi ethereum.org ialah untuk menjadi sebuah portal terbaik bagi komuniti Ethereum yang semakin berkembang.**

Kami berusaha untuk membina sumber pendidikan yang mudah difahami bagi semua topik yang berkaitan dengan Ethereum, juga direka untuk membantu para pengguna baharu mengenali Ethereum dan konsep utamanya. Kami mahu:

- menjelaskan tentang Ethereum kepada sesiapa yang baharu dengan teknologi tersebut
- membantu pengguna baharu bermula dengan ETH dan Ethereum
- membantu pembangun baharu untuk memulakan pembangunan
- merangkumi semua kemas kini dalam dunia Ethereum
- mempamerkan sumber yang dicipta oleh komuniti
- menyediakan pendidikan Ethereum kepada sebanyak mungkin bahasa

Untuk mencapai misi ini, pasukan kami memberikan tumpuan kepada dua matlamat utama di ethereum.org:

### 1. Menambah baik pengalaman pengguna untuk pelawat ethereum.org {#visitors}

- Memperluas, menambah baik, dan memastikan kandungan sentiasa dikemas kini
- Menambah baik kebolehgunaan dan kebolehcapaian melalui penyetempatan dan amalan terbaik pembangunan web
- Meningkatkan penglibatan pengguna melalui ciri seperti tinjauan, kuiz dan integrasi web3
- Memastikan laman web ringan dan berprestasi tinggi

### 2. Membangun, memperkukuh, dan memperkasakan komuniti penyumbang kami {#community}

- Meningkatkan jumlah keseluruhan penyumbang ke laman web
- Memperbaiki kadar pengekalan penyumbang melalui penglibatan, pengiktirafan, dan ganjaran
- Memperkasa ahli komuniti untuk membuat sumbangan secara signifikan
- Memudahkan kepelbagaian sumbangan: kod, kandungan, reka bentuk, terjemahan, penyederhanaan
- Mengekalkan pangkalan kod yang moden, kemas, dan didokumentasikan dengan baik

## Prinsip-prinsip teras {#core-principles}

Kami mempunyai beberapa prinsip teras yang menjadi panduan untuk mencapai misi kami.

### 1. ethereum.org ialah portal ke Ethereum 🌏 {#core-principles-1}

Kami mahu pengguna kami berminat dan persoalan mereka terjawab. Jadi portal kami perlu menggabungkan maklumat "momen ajaib" dan pautan kepada sumber komuniti cemerlang yang wujud di luar sana. Tujuan kandungan kami adalah untuk menjadi satu "portal perdaftaran" dan bukanlah satu pengganti kepada sumber meluas yang sedia ada. Kami berminat untuk menyokong dan mengintegrasikan sumber yang dibina oleh komunti, dengan memberikan lebih banyak keterlihatan dan memudahkan ia dijumpai. [Komuniti Ethereum](/community/) adalah teras kepada usaha ini: kita bukan sahaja berkhidmat untuk komuniti, tetapi turut bekerjasama dengan mereka dan mengambil kira maklum balas mereka. Laman web ini bukan sahaja untuk komuniti yang sedia ada tetapi juga untuk komuniti masa hadapan. Wajar untuk diingatkan bahawa komuniti ini bersifat global, merangkumi individu dari pelbagai bahasa, wilayah dan budaya.

### 2. ethereum.org sentiasa berkembang 🛠 {#core-principles-2}

Ethereum dan komuniti sentiasa berkembang, jadi ethereum.org turut berkembang juga. Itulah sebabnya laman web ini menggunakan sistem reka bentuk yang ringkas & struktur modular. Perubahan secara berperingkat dibuat apabila kami lebih memahami cara orang ramai menggunakan laman web ini dan keinginan komuniti daripadanya. Kami bersifat sumber terbuka, dengan komuniti penyumbang yang aktif, jadi anda turut dialu-alukan untuk memberikan cadangan tentang sebarang perubahan atau turut serta membantu kami. [Ketahui cara untuk menyumbang](/contributing/)

### 3. ethereum.org bukan satu laman web produk yang biasa 🦄 {#core-principles-3}

Ethereum ialah sesuatu yang besar: ia merangkumi sebuah komuniti, teknologi, rangkaian idea dan ideologi, dan banyak lagi. Ini bermaksud laman web ini perlu menyokong pelbagai jenis pengguna -- daripada "pembangun yang mencari alat tertentu" hinggalah kepada "ahli baharu yang baru sahaja membeli ETH dan tidak tahu apa itu dompet". Soalan "Apakah laman web terbaik untuk platform blok rantai?" masih terbuka - kita ialah perintis. Pembinaan ini memerlukan eksperimen dan percubaan.

## Pelan hala tuju produk {#roadmap}

Untuk menjadikan kerja lebih mudah diakses dan mengalakkan lebih banyak kerjasama komuniti, pasukan teras ethereum.org menerbitkan gambaran keseluruhan tentang matlamat pelan hala tuju [shape up cycle](https://www.productplan.com/glossary/shape-up-method/).

[Lihat pelan hala tuju produk Kitaran 1 tahun 2025](https://github.com/ethereum/ethereum-org-website/issues/14726)

**Bagaimana, ok tak?** Kami sentiasa menghargai sebarang maklum balas mengenai pelan hala tuju kami - jika ada perkara yang anda rasa kami patut usahakan, sila beritahu kami! Kami mengalu-alukan sebarang idea dan PR daripada sesiapa sahaja dalam kalangan komuniti ini.

**Ingin turut serta?** [Ketahui lebih lanjut tentang cara untuk menyumbang](/contributing/), [hubungi kami di Twitter](https://twitter.com/ethdotorg), atau sertai perbincangan komuniti di [Discord kami](https://discord.gg/ethereum-org).

## Prinsip-prinsip reka bentuk {#design-principles}

Kami menggunakan satu set [prinsip reka bentuk](/contributing/design-principles/) sebagai garis panduan untuk membuat keputusan dari segi kandungan dan reka bentuk laman web ini.

## Sistem reka bentuk {#design-system}

Kami telah membina dan melancarkan satu [sistem reka bentuk](https://www.figma.com/file/NrNxGjBL0Yl1PrNrOT8G2B/ethereum.org-Design-System?node-id=0%3A1&t=QBt9RkhpPqzE3Aa6-1) untuk mempercepat pelancaran ciri-ciri baharu dan membolehkan ahli komuniti menyertai reka bentuk terbuka ethereum.org.

Ingin turut serta?[Ikuti perkembangan di Figma](https://www.figma.com/file/NrNxGjBL0Yl1PrNrOT8G2B/ethereum.org-Design-System), [isu GitHub](https://github.com/ethereum/ethereum-org-website/issues/6284) dan sertai perbincangan dalam [saluran Discord #design](https://discord.gg/ethereum-org).

## Gaya panduan {#style-guide}

Terdapat satu [gaya panduan](/contributing/style-guide/) untuk menyeragamkan aspek tertentu dalam penulisan kandungan bagi memudahkan proses sumbangan.

Pastikan anda baca [prinsip kami](/contributing/design-principles/) dan [gaya panduan kami](/contributing/style-guide/) jika anda ingin [menyumbang kepada laman web ini](/contributing/).

Kami mengalu-alukan maklum balas tentang prinsip reka bentuk, sistem reka bentuk dan gaya panduan kami. Ingat, ethereum.org dibina untuk komuniti, oleh komuniti.

## Lesen {#license}

Laman web ethereum.org adalah sumber terbuka dan dibangunkan di bawah [Lesen MIT](https://github.com/ethereum/ethereum-org-website/blob/dev/LICENSE) kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Lebih lanjut tentang [terma penggunaan](/terms-of-use/) ethereum.org.

## Jawatan kosong terbuka {#open-jobs}

Walaupun laman web ini ialah sumber terbuka dan sesiapa sahaja boleh menyumbang, kami turut mempunyai satu pasukan yang khusus untuk ethereum.org dan projek web lain di bawah Yayasan Ethereum.

Sebarang jawatan kosong akan disiarkan di sini. Jika tiada tugas yang bersesuaian dengan anda, sertai [pelayan Discord kami](https://discord.gg/ethereum-org) dan beritahu kami cara anda ingin menyumbang!

Ingin mencari peluang di luar pasukan ethereum.org? [Lihat jawatan lain yang berkaitan dengan Ethereum](/community/get-involved/#ethereum-jobs/).
8 changes: 7 additions & 1 deletion public/content/translations/ms/community/events/index.md
Original file line number Diff line number Diff line change
Expand Up @@ -7,7 +7,13 @@ hideEditButton: true

# Acara akan datang {#events}

** Setiap bulan, terdapat acara Ethereum utama di seluruh dunia. ** Cuba hadiri acara berhampiran anda untuk bertemu lebih ramai orang dalam komuniti ini, mengetahui tentang peluang pekerjaan dan membangunkan kemahiran baru.
Acara Ethereum berlaku dengan kerap, daripada perhimpunan kecil dan santai hingga persidangan besar dan hackathon di seluruh dunia!

Acara ini merupakan cara yang paling menyeronokkan dan menarik untuk belajar, berhubung dengan komuniti tempatan anda, menemui peluang, dan membangunkan kemahiran baharu.

💡 Menganjurkan acara atau mempunyai inisiatif komuniti dalam fikiran? Hubungi pasukan Ethereum Everywhere untuk mendapatkan sokongan! → [Hubungi di sini](https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeA-W8iy2PJxrY3TD4lMYXyky_wLd4QB_7NRwqSxCd0e19MUg/viewform)

Ingin menerokai acara Ethereum di kawasan anda? Lihatlah acara dan perjumpaan di bawah untuk mencari yang seterusnya untuk disertai!

<UpcomingEventsList/>

Expand Down
79 changes: 79 additions & 0 deletions public/content/translations/ms/eips/index.md
Original file line number Diff line number Diff line change
@@ -0,0 +1,79 @@
---
title: Cadangan Penambahbaikan Ethereum (EIP)
description: Maklumat asas yang anda perlukan untuk memahami EIP
lang: ms
---

# Pengenalan kepada Cadangan Penambahbaikan Ethereum (EIP) {#introduction-to-ethereum-improvement-proposals}

## Apakah itu EIP? {#what-are-eips}

[Cadangan Penambahbaikan Ethereum (EIP)](https://eips.ethereum.org/) ialah piawaian yang menyatakan potensi ciri atau proses baharu untuk Ethereum. EIP mengandungi spesifikasi teknikal untuk perubahan yang dicadangkan dan bertindak sebagai “sumber kebenaran” untuk komuniti. Naik taraf rangkaian dan piawaian aplikasi untuk Ethereum dibincangkan dan dibangunkan melalui proses EIP.

Sesiapa sahaja dalam komuniti Ethereum mempunyai keupayaan untuk mencipta EIP. Garis panduan untuk menulis EIP disertakan dalam [EIP-1](https://eips.ethereum.org/EIPS/eip-1). EIP harus menyediakan spesifikasi teknikal yang ringkas dengan sedikit motivasi. Pengarang EIP bertanggungjawab untuk mencapai kata sepakat dalam komuniti dan mendokumentasikan pendapat alternatif. Memandangkan halangan teknikal yang tinggi untuk menyerahkan EIP yang terbentuk dengan baik, dari segi sejarah, kebanyakan pengarang EIP biasanya pembangun aplikasi atau protokol.

## Mengapakah EIP penting? {#why-do-eips-matter}

EIP memainkan peranan penting dalam cara perubahan berlaku dan didokumenkan di Ethereum. Itu adalah cara untuk orang ramai mencadangkan, berdebat dan menerima pakai perubahan. Terdapat [jenis EIP yang berbeza](https://eips.ethereum.org/EIPS/eip-1#eip-types), termasuk EIP teras untuk perubahan protokol peringkat rendah yang menjejaskan konsensus dan memerlukan naik taraf rangkaian seperti [EIP-1559](https://eips.ethereum.org/EIPS/eip-1559) dan ERC untuk piawaian aplikasi seperti [EIP-20](https://eips.ethereum.org/EIPS/eip-20) dan [EIP-721](https://eips.ethereum.org/EIPS/eip-721).

Setiap naik taraf rangkaian terdiri daripada satu set EIP yang perlu dilaksanakan oleh setiap [Ethereum client](/learn/#clients-and-nodes) pada rangkaian. Ini bermakna untuk kekal dalam konsensus dengan klien lain pada Rangkaian Utama Ethereum, pembangun klien perlu memastikan semua telah melaksanakan EIP yang diperlukan.

Selain menyediakan spesifikasi teknikal untuk perubahan, EIP ialah unit di mana tadbir urus berlaku di Ethereum: sesiapa sahaja bebas untuk mencadangkannya, dan kemudian pelbagai pihak berkepentingan dalam komuniti akan berdebat untuk menentukan sama ada ia harus diterima pakai sebagai piawaian atau dimasukkan dalam naik taraf rangkaian. Oleh sebab EIP bukan teras tidak perlu diterima pakai oleh semua aplikasi (contohnya, ia mungkin untuk mencipta token boleh diganti yang tidak melaksanakan EIP-20), tetapi EIP teras mesti diterima pakai secara meluas (kerana semua nod mesti menaik taraf untuk kekal sebagai sebahagian daripada rangkaian yang sama), EIP teras memerlukan konsensus yang lebih luas dalam komuniti berbanding EIP bukan teras.

## Sejarah EIP {#history-of-eips}

Repositori [Cadangan Penambahbaikan Ethereum (EIP) GitHub](https://github.com/ethereum/EIPs) telah diwujudkan pada Oktober 2015. Proses EIP adalah berdasarkan proses [Cadangan Penambahbaikan Bitcoin (BIP)](https://github.com/bitcoin/bips), yang pada asalnya berdasarkan proses [Python Enhancement Proposals (PEP)](https://www.python.org/dev/peps/).

Editor EIP ditugaskan dengan proses menyemak EIP untuk ketepatan teknikal, isu format, serta membetulkan ejaan, tatabahasa, dan gaya kod. Martin Becze, Vitalik Buterin, Gavin Wood, dan beberapa individu lain merupakan editor EIP asal dari 2015 hingga akhir 2016.

Editor EIP semasa ialah

- Alex Beregszaszi (@axic)
- Gavin John (@Pandapip1)
- Greg Colvin (@gcolvin)
- Matt Garnett (@lightclient)
- Sam Wilson (@SamWilsn)

Editor EIP Emeritus ialah

- Casey Detrio (@cdetrio)
- Hudson Jameson (@Souptacular)
- Martin Becze (@wanderer)
- Micah Zoltu (@MicahZoltu)
- Nick Johnson (@arachnid)
- Nick Savers (@nicksavers)
- Vitalik Buterin (@vbuterin)

Jika anda ingin menjadi editor EIP, sila semak [EIP-5069](https://eips.ethereum.org/EIPS/eip-5069).

Editor EIP memutuskan masa sesuatu cadangan sedia untuk menjadi EIP, dan membantu pengarang EIP memajukan cadangan mereka. [Ethereum Cat Herders](https://www.ethereumcatherders.com/) membantu menganjurkan mesyuarat antara editor EIP dan komuniti (lihat [EIPIP](https://github.com/ethereum-cat-herders/EIPIP)).

Proses penyeragaman penuh beserta carta diterangkan dalam [EIP-1](https://eips.ethereum.org/EIPS/eip-1)

## Ketahui lebih lanjut {#learn-more}

Jika anda berminat untuk membaca lebih lanjut tentang EIP, sila lihat [laman web EIP](https://eips.ethereum.org/) dan [EIP-1](https://eips.ethereum.org/EIPS/eip-1). Berikut ialah beberapa pautan berguna:

- [Senarai setiap Cadangan Penambahbaikan Ethereum](https://eips.ethereum.org/all)
- [Penerangan tentang semua jenis EIP](https://eips.ethereum.org/EIPS/eip-1#eip-types)
- [Penerangan tentang semua status EIP](https://eips.ethereum.org/EIPS/eip-1#eip-process)

### Projek pendidikan komuniti {#community-projects}

- [PEEPanEIP](https://www.youtube.com/playlist?list=PL4cwHXAawZxqu0PKKyMzG_3BJV_xZTi1F) — *PEEPanEIP ialah siri video pendidikan yang membincangkan Cadangan Penambahbaikan Ethereum (EIP) dan ciri utama naik taraf yang akan datang.*
- [EIPs For Nerds](https://ethereum2077.substack.com/t/eip-research) — *EIPs For Nerds menyediakan gambaran menyeluruh gaya ELI5 tentang pelbagai Cadangan Penambahbaikan Ethereum (EIP), termasuk EIP teras dan EIP lapisan aplikasi/infrastruktur (ERC), untuk mendidik pembaca dan membentuk konsensus mengenai perubahan yang dicadangkan kepada protokol Ethereum.*
- [EIPs.wtf](https://www.eips.wtf/) — *EIPs.wtf menyediakan maklumat tambahan untuk Cadangan Penambahbaikan Ethereum (EIP), termasuk statusnya, butiran pelaksanaan, permintaan tarik berkaitan, dan maklum balas komuniti.*
- [EIP.Fun](https://eipfun.substack.com/) — *EIP.Fun menyediakan berita terkini mengenai Cadangan Penambahbaikan Ethereum (EIP), kemas kini mesyuarat EIP, dan lain-lain.*
- [EIPs Insight](https://eipsinsight.com/) — *EIPs ialah gambaran mengenai keadaan proses & statistik Cadangan Penambahbaikan Ethereum (EIP) berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada pelbagai sumber.*

## Sertai {#participate}

Sesiapa sahaja boleh mencipta EIP. Sebelum menghantar cadangan, seseorang mesti membaca [EIP-1](https://eips.ethereum.org/EIPS/eip-1) yang menerangkan proses EIP dan cara menulis EIP, serta mendapatkan maklum balas di [Ethereum Magicians](https://ethereum-magicians.org/), iaitu cadangan dibincangkan terlebih dahulu dengan komuniti sebelum draf dihantar.

## Rujukan {#references}

<cite class="citation">

Kandungan halaman disediakan sebahagiannya daripada [Penyelarasan Tadbir Urus Pembangunan Protokol dan Naik Taraf Rangkaian Ethereum](https://hudsonjameson.com/2020-03-23-ethereum-protocol-development-governance-and-network-upgrade-coordination/) oleh Hudson Jameson

</cite>
Loading